Tuesday, September 28, 2010

MINDA MUNDUR

Hari ini saya sempat melawat beberapa kelas. Dapatan saya, dalam kesibukan kita memburu segala kemewahan dan keselesaan, ada segelintir manusia yang mengundur ingin hidup serba susah. Beginilah keadaannya jika prasarana yang disediakan kelas pertama tetapi minda masih mundur. Jangan sampai dewan yang baru dibina pun hancur sudahlah!

Monday, September 27, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKSTA 2010

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMKSTA 2010 telah dilangsungkan pada 27 September 2010 (Isnin) jam 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh En. Ishanuddin bin Hussin, Pengarah, Kolej Komuniti, Teluk Intan, Perak, iaitu bekas pelajar SMKSTA (nombor daftar 797). Turut hadir ialah En. Jaluddin bin Mohd. Jonid, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Thursday, September 23, 2010

GURU SMKSTA 2010

Sesi bergambar guru-guru SMKSTA telah dilangsungkan pagi tadi. Bukan senang nak bergambar, kejap atas tar, kejap atas padang. Bukan apa, cikgu-cikgu perempuan takut berdiri atas meja. Maklumlah, sesetengahnya pakai baju raya. Tengoklah gelagat mereka sebelum dan semasa bergambar.

Monday, September 13, 2010

PENGANTIN PERTAMA DI SMKSTA


Pada 13 September 2010 (Isnin) yang lalu, majlis perkahwinan antara Nurul Nasrah binti Mohd. Ariffin dan suaminya, Khairum bin Basran telah dilangsungkan di Dewan Baharu SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong, Perak. Majlis itu mencatat sejarah sebagai pengantin pertama yang bersanding di sekolah tersebut. Tahniah buat pasangan pengantin tersebut, moga bahagia hingga ke akhir hayat.

SG MEKONG JELI


Pada 12 September 2010 (Ahad) yang lalu, seorang pemuda Kg Suak Petai, Manong, Perak (Saiful anak Wahid) telah bernikah dengan gadis Kg. Sg. Mekong di Jeli, Kelantan. Rombongan pengantin bergerak dari Manong jam 7.07 pagi dan tiba di Masjid Jeli jam 11.07 pagi. Majlis akad nikah di masjid berlangsung jam 12.00 tengah hari. Rombongan berehat di rumah Pak Su. Jam 2.00 petang majlis persandingan dilangsungkan. Selepas tamat majlis, sebahagian daripada ahli rombongan membeli-belah di Bukit Bunga. Macam-macam ada, terutamanya barang-barang buatan Siam.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 Jabatan Pelajaran Perak Peringkat Daerah Kuala Kangsar telah dilangsungkan pada 3 Ogos 2010 (Selasa) di Dewan Hargreaves, The Malay College, Kuala Kangsar, Perak. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Marazlan bin Amran, PPT, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Sebanyak 12 orang penerima anugerah Kategori Pengetua/Guru Besar/PPD/Guru Cemerlang, 112 orang penerima APC lelaki dan 172 orang penerima APC perempuan telah menerima anugerah tersebut. Penerima APC dari SMK Sultan Tajul Ariffin, Mnaong, Perak terdiri daripada:
1. En. Abd. Rajak bin Hj. Zainalabidin.
2. Pn. Faridahanim binti Abdul Manan.
3. Pn. Mimi Azura binti Hariri.
4. Pn. Noor Aiza binti Zahari.
5. Cik Roshita binti Zakaria.
6. Pn. Suriawati binti Mohamed.
Syabas dan tahniah. Moga anugerah tersebut memberi suntikan untuk semua orang berkhidmat dengan cemerlang.

Friday, September 3, 2010

DALAM KENANGAN

Kelab Staf SMKSTA mengucapkan selamat bertugas di PPD Kuala Kangsar kepada Cikgu Hairolzaman bin Mat Noor sebagai Fasilinus mulai 1 September 2010. Jasamu tetap dikenang sepanjang bertugas di SMKSTA Manong. Seterusnya Kelab Staf mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak dan isteri Allahyarham Cikgu Mohd. Norazam bin Azuddin. Moga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya dapat menyambut hari raya dengan tenang.

Wednesday, September 1, 2010

KHATAM AL-QUR'AN



Program Tadarus Al-Qur'an guru-guru SMKSTA Manong bersempena Ramadhan kali ini telah dijalankan mulai 11 Ogos 2010 yang lalu. Majlis Khatam Qur'an telah dijayakan pada hari ini yang telah dilaksanakan bersama-sama semua pelajar dan guru. Alhamdulillah, semua kumpulan guru dan pelajar yang bertadarus dapat menjayakan majlis ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 TAMAT




Peperiksaan Percubaan SPM 2010 yang dijalankan serentak di seluruh Perak sejak 18 Ogos 2010 telah tamat pada hari ini. Semua pelajar berasa letih tetapi lega (merdeka), maklumlah terpaksa menjalani peperiksaan dalam bulan Ramadhan. Moga semua berjaya dengan cemerlang. Lepas ni bolehlah bersiap-siap sambut hari raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya.