Saturday, April 30, 2011

HARI PEKERJA

Selamat menyambut Hari Pekerja, semoga dapat terus memberikan komitmen yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

Konsep Hari Pekerja pada asalnya ialah hari pemberhentian bekerja (cuti bekerja). Hari Pekerja atau Hari Buruh merupakan satu hari dalam pelbagaI cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Hari ini juga disebut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, hari peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada menuntut lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat yang dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.

Sunday, April 24, 2011

KEJOHANAN BADMINTON MSSPK 2011: JUARA LELAKI 18 TAHUN MILIK KUALA KANGSAR

Pasukan Badminton Kuala Kangsar

Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perak (MSSPK) Tahun 2011 telah berlangsung pada 21 hingga 24 April 2011 di Dewan SMK Sultan Yussuf (SYS), Batu Gajah, Perak. Pasukan badminton Kuala Kangsar yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada 24 orang pemain dan 10 orang pegawai. Acara yang dipertandingkan ialah perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan bagi kategori umur 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Pasukan Kuala Kangsar tidak pulang tangan kosong apabila pesertanya, Willy Teh telah berjaya menjuarai acara perseorangan lelaki kategori umur 18 tahun. Tahniah buat pasukan badminton Kuala Kangsar.

Willy Teh, juara perseorangan lelaki 18 tahun.

Tuesday, April 5, 2011

KEJOHANAN BADMINTON MSSD KUALA KANGSAR 2011

Urusetia sedang mengumumkan bermulanya kejohanan . . .
Para peserta kejohanan berentap untuk memenangi perlawanan.

Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar Perak Tahun 2011 telah bermula pada 5 April 2011 dan berakhir pada 7 April 2011. Kejohanan pada kali ini diadakan di Dewan SMK Tsung Wah Kuala Kangsar dan Dewan SJKC Tsung Wah Kuala Kangsar. Kejohanan ini melibatkan 243 orang peserta, iaitu 64 orang peserta kategori perseorangan lelaki bawah umur 15 tahun, 72 orang peserta kategori perseorangan lelaki bawah umur 18 tahun, 52 orang peserta kategori perempuan bawah umur 15 tahun dan 55 orang peserta kategori perempuan bawah umur 18 tahun. Kejohanan kali ini dikelolakan oleh SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong, Perak. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Ejazi bin Yahaya (Penolong PPD Pengurusan Sekolah dan Organisasi) yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.


Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:
A. Kategori Perseorangan Lelaki 15 Tahun:
Johan : MOHAMED IMRAN BIN MOHAMED GHOUSE (SMK BUKIT MERCHU KUALA KANGSAR)
Naib Johan : WAN AMEIRUL AIMAN BIN WAN BAHARIN (THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR)
Ketiga : 1. MOHD REZZA EMIR BIN MOHD AZHAR (THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR)
2. MUGEL RAJ A/L KENAS (SMK METHODIST SG SIPUT)
B. Kategori Perseorangan Perempuan 15 Tahun:
Johan: NUR ANIS NADIA BINTI ABDUL RAMAN (SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM KUALA KANGSAR)
Naib Johan : NUR ZAKIAH BINTI ISMAIL (SMK BUKIT MERCHU KUALA KANGSAR)
Ketiga : 1. NUR ISNANI AN UMILLAH BINTI MASRI (SABK MAAHAD AL-MIZAN MANONG)
2. NUR AMANINA BINTI MOHD ROSLAN (SABK AD-DINIAH AL-ISLAMIAH PADANG RENGAS)
C. Kategori Perseorangan Lelaki 18 Tahun:
Johan : WILLY TEH (SMK TSUNG WAH KUALA KANGSAR)
Naib Johan : MEOR MUHAMMAD NAZREEN BIN OSMAN (SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ SG SIPUT)
Ketiga : 1. MOHAMAD ASYRAF BIN ABD NASIR (SMK SAYONG KUALA KANGSAR)
2. KOGULAN A/L YOGAMANALAN (SMK METHODIST SG SIPUT)
D. Kategori Perseorangan Perempuan 18 Tahun:
Johan: WOO YIN TZE (SMK SHING CHUNG SG SIPUT)
Naib Johan : LEONG WAI BIN (SMK TSUNG WAH KUALA KANGSAR)
Ketiga : 1 . NUR ‘ATIKAH BINTI SHAMSUDDIN (MADRASAH IDRISIAH KUALA KANGSAR)
2. NURUL SHAFIQAH BINTI MUHAMMAD YUSOFF KHIRI (SABK MAAHAD AL-MIZAN MANONG)