Friday, September 4, 2009

NUZUL QURAN

Selamat menyambut dan menghayati Nuzul Quran pada 17 Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 7 September 2009 Masihi.
Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun dengan turunnya wahyu pertama Surah Al-Alaq. 'Nuzul' bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah, iaitu proses menyampaikan wahyu Allah kepada Rasul Allah. 'Quran' pula bermaksud bacaan atau himpunan, iaitu himpunan ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, muamalat, jinayat, sains dan teknologi. Quran dikenali sebagai mukjizat akhir zaman kerana segala panduan untuk manusia terkandung dalam Quran.

1 comment:

  1. semoga tahun ni dapat le khatam dalam bulan ramadhan nie....insyaAllah...amin

    ReplyDelete